
“Kahwin itu rezeki, tak kahwin pun rezeki.Jodoh di akhirat, jika jumpa di dunia adalah bonus dan perlu dijaga agar sampai ke syurga bukan sebaliknya” – M. E, 2019
Rezeki jaga mak bapa bila tua buat kita bersyukur ada masa untuk mereka. Tak, saya tak sedih, sebaliknya gembira dengan peluang yg diberi.
Bila ‘reflect’ semula pilihan hidup kita, menolak tawaran kerja di bandar, memilih untuk kerja dgn mak bapa @ jadi PA mereka. Susunan Allah swt cukup cantik sekali.
Buat mereka yg seangkatan, hargailah rezeki yg diberi. Dalam ramai2, kita terpilih, tentu ada sebabnya.
Belajarlah ikhlaskan hati, pecahkan ego, dan terus berkhidmat kerana Dia.
Menjaga Um sangat mudah, bila kita mudahkan ibu bapa kita, Allah swt akan permudahkan hidup kita. Sebab tu, saya tak pernah rasa susah, penat wpun ambil masa untuk siapkan Um sepanjang menjaganya.
Pengalaman menjaga di hospital saya anggap pengalaman baru, dan belajar kemahiran baru, nurse bnyk membantu ajar teknik tertentu untuk memudahkan saya menyiapkan Ibu saya.
Apabila Um dimasukkan ke ICU selepas 3 minggu di wad biasa, saya anggap Allah swt hendak beri kami sekeluarga masa utk berehat sebab kami cuma boleh melawat masa waktu lawatan.
Sekali lagi, aturan Allah swt adalah yg terbaik, Dia beri masa untuk kita rehat wpun bermakna kami perlu simpan rasa rindu setiap hari.
Bak kata Abi, kami terharu dan insaf, dengan kebesaranNya. Hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah untuk setiap yg berlaku. InsyAllah, Allah swt jaga wpun kami tidak dapat berjumpa lama.