Late bloomers

akhir2 ni jadi tempat org minta advice …
bab2 tak tau nak buat apa lepas grad, tak tau passion apa (sedangkan diri sendiri pun lost juga), lambat grad, lambat kawen dari orang lain…lambat….lambat ke? Bagi saya, orang macam ni adalah ‘late bloomers’, lambat berkembang tapi bila dah sampai masa, akan menyumbang kepada bidang yang memang sesuai untuk dia berdasarkan pengalaman yang dia kumpul sebab ‘lambat’ ni.
hurmm mungkin sebab saya ni memang jenis ‘lambat’ gak. Degree extend setahun, patut 3 tahun jadi 4 tahun sebab pergi exchange & masuk hospital sat kena tangguh dua sem. Parents cakap, takpa grad lambat, jadi ‘extended knowledge’.
Bila sambung master, setahun dok buat research quantitative, tup tup tak sesuai methodology, ubah jadi qualitative. Ubah suai thesis ikut cakap examiner, modify tajuk dan rewrite beberapa bahagian dlm thesis. Sebab kita tak boleh ‘paksa’ result tu untuk sama macam teori kalau ‘findings’ dia bukan macam tu.  Sama juga hidup kita..tak boleh paksa nak jadi juga macam kita nak, kalau kita memang tak ditakdirkan untuk dapat apa yang kita nak dan kena lalui proses dan jalan lain untuk sampai ke destinasi yang memang untuk kita. Lepas 4 tahun baru grad, tu pun jenuh kena paksa walaupun rasa nak berhenti je hari-hari hahahaa.
Lepas grad, banyak tolong parents buat research amik gambar, shoot video & my own little research yang saya minat (malay heritage). Mula-mula tu bercampur baur juga la perasaan macam rollercoaster, tapi lama-lama kita boleh terima yang ini satu proses yang penting untuk kita belajar dan berhenti hidup terkejar-kejar, jadi walaupun tak kerja yang bergaji macam orang lain, ada ja kerja nak buat dalam tak ada kerja tetap. Tanpa dirancang, sebenarnya saya sedang melalui proses ‘gap year’, iaitu dengan ‘taking a break’ daripada terus kerja dan buat apa2 bidang yang saya minat untuk tambah skill, orang putih cakap “Self development” tapi sebenarnya ia adalah proses “self discovery” bagi mereka yang tak tahu apa sebenarnya yang dia nak buat lepas ni.
Of cause… tak semua orang ada peluang ni, tapi jika ada ruang, ambillah peluang untuk volunteer bekerja di mana-mana tempat yang boleh tambah skill & pengalaman sesuai dengan minat masing-masing. Tak kira lah jika korang baru lepas grad ke, atau sedang kerja ke, carilah minat masing2 dan cuba sesuatu yang baru yang boleh tambahkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Panjang atau pendek ‘gap’ yang korang buat terpulang pada korang, yang penting jangan terperangkap dengan routine sedia ada.
Wpun sekadar tukar rutin, dengan mula bersenam,join program2 hiking ke marathon ke, berenang ke, berkebun ke, volunteer ke, wall climbing ke, bermasyarakatlah semula…cari komuniti anda sendiri yang minat dengan apa yang kita minat. Dari situ kita akan belajar kenal pelbagai orang dan buka peluang untuk networking dengan orang-orang yang kita tak tahu satu hari akan membuka peluang baru yang boleh kita teroka & sesuai dengan minat kita.
Itu yang saya belajar sepanjang saya ‘berehat’ sebentar dari ‘berlari’ sebab saya sudah penat terkejar-kejar dalam persaingan dunia yang semakin hilang nilai kemanusiaan, tak ada sense of belonging dan semangat kekitaan dalam komuniti. Sebab saya tengok ramai yang bersikap individualistik dan hanya sibuk dengan dunia sendiri sampai kita terpaksa buat appointment untuk jumpa kawan sendiri sebab sibuk dengan hidup sendiri.
Semakin lama, saya bertanya pada diri sendiri “Apa yang saya kejar?”
Dan saya jadi ‘lost’ sekejap, dan perkara ini saya beritahu kepada si penanya,
“Its okay to get lost, because that’s how you will find yourself. Its okay to take your own time and explore your options, because that’s where you gain experience and learn to know what really suits you in the future. And one day, leads you to someone who is looking for the same thing you are looking for, who will want you because of who you are ” <—ni bukan pasal jodoh je tau, jodoh kerja pun boleh jadi hehe.
Apa2 pun saya memang jenis take my own time, and walk my own path, bukan melawan arus, cuma tak suka terkejar-kejar dengan ‘competition’ dunia. Mungkin dah memang tersurat perjalanan hidup saya memang bnyk detours & reroute….sebab yg plan tu Dia juga.
Jadi, kalau korang rasa macam apa yang saya rasa, bawa bertenang ye..rezeki untuk kita tu tetap ada jika kita berusaha dan bertawakal pada Dia. Kadang-kadang rezeki datang dengan cara yang kita tak disangka-sangka dari sumber , orang, yang kita pun tak sangka.
Jadi, bersangka baik dengan perancangan Allah swt, jika muslim. Jika bukan muslim pun, dalam Islam pun kami percaya yang rezeki sudah ditentukan oleh Tuhan tak kira kamu Islam atau tidak. Yang penting kita berusaha untuk keluar dari situasi yang kita berada. Berbaik-baiklah sesama manusia, bukan kerana nak minta ‘sesuatu’ dari orang tu, tapi kerana kita ikhlas nak berkawan dengan mereka, berjiran dengan mereka, sebab bila kita ikhlas dalam pekerjaan kita, tak kira apa yang kita buat, akan ada je orang nak tolong kita.
Kenapa? Sebab setiap perbuatan kita, ikhlas kerana Allah Taala, sebab kita tahu walapun orang tak balas balik pertolongan kita, Allah swt tahu apa yang kita buat, dan cukuplah Allah swt bagi kita sebab tak ada yang lebih baik yang boleh membalas setiap perbuatan kita melainkan Allah swt. Jadi ‘remove our thinking that ‘people’ owe us for what we do (tapi jangan lah sampai kena pijak atau digunakan), tapi mintalah pada yang memberi rezeki, yang Maha Kaya dan Maha Memberi. Barulah berkat hidup kan?
Gituuuuu….(boleh tulis buku motivasi ni hahaha)
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s