Mencari Melayu di Capetown [bahagian 4: Perkahwinan (Wedding)]

Saya sempat menghadiri majlis perkahwinan orang Melayu di sini iaitu Malika, berumur 26 tahun dan merupakan anak perempuan kepada seorang kenalan host saya.  Semasa bertemunya buat pertama kali dirumahnya beberapa hari sebelum hari perkahwinannya, dia memberitahu bahawa dia membuat keputusan untuk berkahwin minggu lalu dan akan berkahwin dalam masa seminggu sahaja. Terkejut dengan jawapannya, Malika memberitahu bahawa dia yakin dengan keputusannya kerana telah mengenali bakal suaminya selama setahun. Walaupun hanya berkawan biasa, apabila menerima ‘lambar’ (lamaran) dari keluarga Shahid, beliau terus menerimanya. Mereka tidak di ‘unang’ (bertunang) tetapi terus berkahwin pada minggu tersebut.

I had the opportunity to attend a Malay wedding here , Malika, 26 years old is the daughter of my host friend. When I met her for the first time at her house before the wedding, she told me that she just decide to accept the marriage proposal last week and will get married in a week time. Surprised by her answer, Malika told me that she is confident with her decision after knowing her future husband for about a year. Although they were just friends, when the ‘lambar’ @ arriage proposal came from Shahid family, she instantly accepts it. They did not get engaged but got married in that week.

Walaubagaimanapun, saya sempat bertanya neneknya mengenai cara orang Melayu disini berkahwin. Menurut neneknya, setiap pasangan yang hendak berkahwin akan melalui proses ‘Lambang’(di sebut: Lambar)  iaitu melamar yang diwakili oleh ibu bapa dan keluarga sebelah lelaki. Kemudian mereka ditunangkan mengikut tempoh yang dipersetujui yang dipanggil ‘Unang’ yang diadakan semasa ‘Lambang’. Hanya ketika ini pasangan yang bertunang akan bertukar hadiah. Kemudian, mereka akan dinikahkan dan disandingkan pada hari yang sama di rumah pengantin perempuan sebelum dijemput ke rumah pengantin lelaki oleh ‘Hujaj’(pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga perempuan yang pernah menunaikan Haji).

Nevertheless, I did get to ask her grandmother about how the Malay wedding. According to her grandmother, every couple who will be getting married will go through the ‘lambang’ process, the parents and family from the Men’s side will come to propose. Then, they will get engaged for a certain time agreed by both family, called ‘Unang’ which is held during ‘Lambang’. Only during this time, they will exchange gifts. Then, they will be married and have their reception on the same day at the Bride’s house before she is invited to the Groom’s  house by the Hujaj’s (a dress worn by the female relatives who have gone for Hajj)

Jemputan @ ‘unang’ (bermaksud: Undang, turut digunakan untuk merujuk bertunang) ke majlis perkahwinan dibuat oleh pasangan yang akan berkahwin, bakal pengantin baik lelaki mahupun perempuan akan menjemput ahli keluarga mereka dari rumah ke rumah dengan ditemani pengapit masing-masing secara berasingan. Setiap kali mereka menjemput ahli keluarga mereka ke majlis perkahwinan, mereka akan meminta agar didoakan perkahwinan yang bakal dibina.

Invitation or Unang (the word carries the same meaning for Undang, also to refer engagement) to the wedding are made by the couple, the to be Bride & Groom will separately invite from house to house with their groomsmen or brides maid.Every time they invite their family member or relatives to their wedding, they will ask for Doa to be made for their marriage.

Menurut host saya, amat penting bagi pasangan yang bakal berkahwin untuk menjemput ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan dari rumah ke rumah kerana apabila mereka menjemput secara personal, kerana saudara mara yang kita jemput hanya tahu kita akan berkahwin apabila kita sendiri yang memaklumkannya. Masa inilah, orang muda akan dapat mengenali saudara mara yang lebih tua serta melawat saudara mara mereka yang jauh dan dekat.  Setelah mengetahui tentang berita gembira tersebut, saudara mara akan mendoakan perkahwinan kita secara personal. Baginya doa dan mendoakan seseorang adalah amat penting kerana apabila perkahwinan tidak dimulakan dengan doa, disebabkan itu perceraian banyak berlaku  kerana tidak ramai orang yang mendoakan perkahwinan mereka.

According to my host, it is important that both couple invite their family members, neighbours and freinds from house to house because when we invite them personally, our relatives only know that we are getting married from our own mouth. During this time, the young generation can get to know the older generation like their aunts and uncles and get to visit their relatives far and near. After knowing the good news, their  relatives will make doa for their marriage personally. To him, doa and making doa for others is important because when a marriage did not start with doa, divorce can happen a lot, because not many people is making doa for their marriage.

Tradisi menjemput ini bukan saja mengukuhkan silaturahim sesama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan tetapi mengembalikan semula amalan mendoakan sesama kita. Ini kerana, lebih ramai orang yang kita jemput lebih ramai yang mendoakan perkahwinan tersebut. Lantas, perkahwinan akan menjadi lebih berkat dan berkekalan lebih lama kerana ramai yang mendoakan perkahwinan yang bakal didirikan.

The tradition to invite don’t just strengthen’s the relationship between family, neighbours and friends, but also brings back the tradition to make doa for each other. Because, the more people we invite, the more people will make doa for us. Thus, the marriage becomes more blessed and last longer because there are more people making doa for their marriage.

Perkara ini dipersetujui oleh nenek Malika kerana beliau merasakan orang muda sering mengambil jalan mudah dengan menjemput melalui media sosial (whatsapp, facebook dsb) hinggakan hampir tidak ada interaksi sesama manusia (human communication). Baginya, manusia zaman sekarang semakin bersikap individualistik berbanding zaman dahulu yang sangat menjaga hubungan kekeluargaan dan nilai-nilai kekeluargaan ini semakin hilang dalam masyarakat masa kini.

Menurutnya, apabila menjemput tetamu dari rumah ke rumah, mereka dapat mengenali saudara -mara yang jarang mereka jumpa. Ketika inilah, ahli keluarga akan menawarkan diri untuk membantu apa sahaja yang diperlukan oleh pasangan tersebut. Sebagai contoh, ada ahli keluarga yang akan menolong membuat masakan tertentu untuk majlis mereka, ada yang akan membantu dalam menghias pelamin, dan sebagainya. Semangat gotong-royong masih kekal diamalkan oleh orang Melayu disini dan tidak ramai yang menempah ‘catering’ kecuali mereka berkemampuan.

Hadiah akan diberikan sebelum hari perkahwinan mengikut masa yang tetamu dan ahli keluarga ada untuk datang ke rumah keluarga pengantin. Oleh kerana kebanyakan tetamu adalah ahli keluarga dan saudara mara mereka sendiri, hadiah-hadiah di berikan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan semasa mereka datang menolong. Hadiah ini akan dipamerkan di satu ruang khas di dalam rumah.

Menariknya, orang Melayu disini tidak meletakkan wang hantaran, tetapi bakal suaminya diwajibkan mempunyai sebuah rumah berserta semua kelengkapan asas serta perabot perlu disediakan sebelum berkahwin. ‘Maqawi’( disebut: Maskawi) @ mas kahwin berbeza-beza mengikut kemampuan pasangan masing-masing. Dahulu, mas kahwin orang Melayu hanya 5 Rand ke atas yang dipersetujui oleh keluarga masing-masing. Salah seorang anak kepada host saya turut berkongsi bahawa dia memberikan 13 keping syiling Dirham Perak kepada isterinya.

*Gambar mas kahwin yang diberikan oleh anak host saya kepada isterinya.

Akad nikah akan diadakan di masjid tetapi hanya pengantin lelaki, wali, jurunikah, dua orang saksi dan orang lelaki  sahaja yang akan menghadirinya manakala pengantin perempuan akan menunggu di rumah. Setelah akad nikah  selesai, pengantin lelaki berserta rombongannya akan datang ke rumah pengantin perempuan untuk menyarungkan cincin dan ucapan ‘Slamat’ kepada pengantin baru akan diberikan oleh tetamu yang hadir sebelum makanan dihidangkan. Makanan yang dimakan di majlis perkahwinan biasanya dimasak dan dibawa ke majlis perkahwinan. Jenis makananan yang perlu dibawa akan diputuskan semasa ‘Masura’ (mesyuarat) sesama keluarga manakala pinggan mangkuk akan dipinjam dari saudaramara terdekat. Hanya keluarga yang kaya sahaja yang akan menyewa dari kedai yang berdekatan. Sepasang cawan porselin yang cantik dan keemasan seperti cawan dari Mekah akan digunakan untuk di minum oleh pengantin.

Pernikahan di Capetown amat mudah, mereka hanya perlu mendapatkan Imam di masjid terdekat untuk menikahkan mereka, biasanya keluarga pengantin perempuan akan memilih Imam yang hendak menikahkan mereka bagi memudahkan urusan. Saya diberitahu, jika kita dijemput ke kenduri kahwin orang Melayu disini pada minggu tersebut bermakna ia adalah majlis yang kecil,biasanyadi adakan di rumah. Keluarga Malika contohnya menjemput sekitar 200 tetamu sahaja manakala jika kita dijemput sebulan dari sekarang, ini menunjukkan ia adalah majlis secara besar-besaran yang diadakan di dewan.

Semasa hari perkahwinan, orang Melayu dahulu sering memainkan muzik dan ada juga yang akan menyanyi lagu Melayu sebelum majlis dimulakan antaranya lagu ‘Rosa’, ‘Havanas’, tetapi kebanyakannya dipengaruhi oleh lagu dari Belanda. Lagu ‘Rosa’ biasanya dinyanyikan semasa pengantin tiba ke majlis. Adakalanya ada kumpulan choir Melayu yang menyanyi di hari perkahwinan.

Contoh choir Melayu yang menyanyikan lagu ‘Rosa’:

Menurut host, zaman sekarang, tidak ramai yang menyanyi di majlis perkahwinan atau memasang lagu di majlis perkahwinan kerana menganggapnya bidaah. Lantas majlis perkahwinan adalakanya menjadi sunyi atau di isi dengan ceramah sahaja. Majlis perkahwinan menjadi suram dan tidak lagi meriah seperti zaman dahulu, sedangkan perkahwinan seharusnya diraikan seperti yang diamalkan semasa zaman Rasulullah SAW.

Pada hari yang sama, pengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan ke rumah ibu dan bapanya untuk mengucap ‘Slamat’ kepada mentuanya. ‘Trousou’ (di sebut Tru-so) atau hadiah-hadiah dari tetamu akan dipamerkan di bilik pengantin. Ramai orang Melayu dahulu kala yang masih menyimpan ‘Trousou’ perkahwinan mereka.

*Contoh pakaian pengantin lelaki Melayu dahulu dan pengapitnya.

*Contoh Midora yang dipakai oleh pengantin perempuan Melayu dahulu bersama pengapit mereka.

‘Midora’ atau hiasan kepala akan dipakai oleh pengantin perempuan, midora ini hanya boleh dipakai oleh anak dara sahaja dan tidak boleh dipakai oleh janda. Namun, pemakaian Midora semakin kurang dipakai oleh pengantin masa kini dan digantikan dengan ‘veil’ atau tiara/mahkota.

Wanita ‘hujaj’ (Saudara perempuan yang pernah menunaikan haji) akan menjemput pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki dengan memakai ‘Modurieng’ (disebut mu-dier-rang) yang berwarna keemasan  yang dibeli dari Mekah setelah pulang dari haji. Ada yang memakai dengan menutup seperti purdah, ada yang tidak menutup wajah mereka dan pakaian ini masih boleh diperolehi dari Mekah. Adakalanya wanita ‘hujaj’ ini turut memakainya semasa Maulud selain dari menjemput pengantin perempuan.

Apabila tiba di rumah pengantin lelaki, wanita Hujaj akan berselawat manakala imam akan membacakan doa diikuti dengan nasihat dari ibu bapa pengantin mengenai peranan suami dan isteri serta cabaran dalam alam perkahwinan. Sebagai contoh, ibu bapa pengantin akan menasihatkan anak mereka mengenai pentingnya berbincang sesama pasangan dan tidak terbawa-bawa masalah rumah tangga  hingga ke luar rumah atau menghebohkannya kepada seluruh dunia. Mereka juga akan dinasihatkan agar saling menghormati antara satu sama lain. Biasanya, bapa kepada setiap pasangan pengantin akan memberi nasihat tersebut kepada anak mereka. Jika pasangan tersebut tidak mempunyai bapa, bapa saudara mereka yang akan memberi nasihat dan jika tidak ada bapa saudara, maka Imamlah yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada pasangan pengantin.

Setelah itu, wanita ‘Hujaj’ mempersiapkan pengantin perempuan dan menjaga keperluan pasangan pengantin selama 7 hari.  Wanita Hujaj ini akan datang ke rumah keesokan pagi untuk memeriksa dan mengemas bilik pengantin dan rumah mereka, memandikan pengantin, memasak dan menghantar makanan ke rumah pengantin bagaikan Raja 7 hari.

‘Walimah’ atau kenduri kahwin akan diadakan dari pagi hingga ke petang, tetamu akan diberikan sarapan dan makan tengahari. Manakala pengantin akan memakai dua pasang baju iaitu semasa ‘nikkah’ dan selepas zohor di waktu petang. Tetamu tidak akan makan sehingga pengantin tiba dan biasanya hanya pulang apabila majlis selesai dan diakhiri dengan selawat. Menurut host, ketika sedang berselawat, kain ‘shawl’ di pakaikan kepada pengantin perempuan dan mereka akan saling memeluk ibu bapanya tanda melepaskan anak perempuan mereka kepada suaminya.

Semasa menghadiri kenduri kahwin Malika, kami tiba sekitar 10 pagi. Ketika itu, saudara mara Malika kelihatan sibuk menyiapkan makanan untuk tetamu bersarapan. Meja-meja telah siap dihias di dalam dan di luar rumah berserta set pinggan mangkuk dan bunga di setiap meja. Pelamin juga telah siap dihias manakala Malika sedang memakai gaun pengantinnya yang dibantu oleh ibunya. Kemudian, salah seorang rakannya membantunya memakai tudung dan veil diatasnya. Sebahagian besar ahli keluarga lelaki telah pergi ke masjid untuk menyaksikan akad nikah manakala yang selebihnya sibuk membantu di dapur.

Apa yang dapat saya perhatikan, perkahwinan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh Barat dan Timur disebabkan asimilasi budaya. Pengantin lelakinya tiba dengan memakai jubah dan kopiah manakala pengantin perempuan memakai gaun pengantin. Malika sendiri tidak memakai Midora seperti di zaman ibu dan neneknya. Namun,  Imam  yang menikahkan mereka turut hadir untuk mendoakan perkahwinan mereka di awal majlis.

*Saya bersama Malika setelah siap memakai gaun pengantinnya.

Pelaminnya juga agak ‘simple’ tetapi tetap cantik, dan satu meja khas untuk pengantin dan ibu bapa pengantin makan beradab turut disediakan. Selain itu, sesi bergambar turut dibuat bermula dengan ahli keluarga, saudara mara dan akhirnya sahabat handai. Kemudian, bapa Malika menari bersama Malika dengan alunan lagu romantis dari Barat sebelum kembali ke tempat duduk masing-masing.

Oleh kerana kami perlu pulang lebih awal, kami meminta diri untuk pulang awal dan diberikan beberapa jenis kek sebagai ’baraka’ atau berkat untuk dibawa pulang.

Dalam perjalanan pulang,host saya turut menceritakan bahawa dahulu orang Melayu disini tinggal berdekatan dengan keluarga mereka. Oleh itu, majlis perkahwinan mudah untuk diadakan kerana masing-masing tinggal tidak jauh antara satu sama lain dan saling bergotong royong menyiapkan majlis. Sebaliknya zaman sekarang, orang Melayu tinggal berjauhan dan menyebabkan beban perkahwinan terletak pada pasangan pengantin tersebut. Ini menyebabkan kos mengadakan kenduri kahwin semakin tinggi untuk diadakan hingga adakalanya, jika di adakan di hotel , hanya dua orang sahaja yang boleh menghadiri majlis tersebut. Kadang-kadang ada tetamu yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut tetapi oleh kerana keluarga pengantin telah membayar untuk majlis tersebut,banyaktempat duduk yang kosong hingga menyebabkan pembaziran makanan. Oleh kerana ramai pasangan yang memilih untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka sendiri kerana mahu berdikari dan tidak mahu bergantung kepada keluarga mereka, banyak perkara dalam hidup mereka menjadi semakin mahal termasuk kos majlis perkahwinan.

Menurutnya, jika warisan dan budaya kita kekal diamalkan, kos  hidup kita akan berkurangan. Sebaliknya, jika kita tidak meneruskan budaya dan warisan kita, kos hidup kita akan menjadi semakin mahal. Setiap perkara yang hendak kita lakukan kini perlu dilakukan sendiri dan disebabkan itu majlis perkahwinan menjadi semakin mahal.

Host saya, Abdullah berpendapat bahawa beliau tidak dapat melihat keberkatan dalam majlis perkahwinan masa kini. Menurutnya, amalan dan budaya kehidupan orang Melayu sangat berkait dengan doa dalam setiap aspek kehidupan mereka. Ini menunjukkan orang Melayu sangat peka dengan agama Islam dan dekat dengan Allah swt di setiap amalan mereka. Kerana itu beliau berbangga menjadi orang Melayu kerana apa saja yang orang Melayu lakukan akan berbalik kepada Allah swt, sebagai seorang muslim , setiap perkara yang orang Melayu lakukan akan bermula dengan doa samada di hari perkahwinan mahupun hari pengebumian. Oleh itu, apabila hilangnya amalan dan budaya orang Melayu, maka hilanglah juga keberkatan dalam kehidupan masyarakat Melayu yang saling mendoakan di setiap majlis yang diadakan.

* Contoh majlis perkahwinan orang Melayu  dahulu 

Advertisements

Mencari Melayu di Capetown (bahagian 3: Makanan )

Sepanjang berada di Capetown, saya banyak mendapat undangan makan ke rumah orang Melayu disini yang sangat berminat duntuk mengetahui budaya orang Melayu dari kepulauan Melayu khususnya Malaysia dan Indonesia. Hal ini kerana, tidak ramai orang Melayu disini yang dapat melawat tanah asal datuk dan moyang mereka. Oleh itu, setiap kali ada orang Melayu yang datang ke Capetown, host saya,Abdullah Waggie akan menjemput datang ke rumahnya. Abdullah sendiri sejak kecil akan menjemput ramai orang Melayu ke rumah ayahnya semasa kecil. Ayahnya, sentiasa akan membawa pelaut yang datang dari Nusantara untuk tinggal dan makan dirumahnya sebelum meneruskan pelayaran mereka. Ada kisah yang menarik mengenai Abdullah yang akan saya kongsi di post yang akan datang.

(Throughout my stay in Capetown, I was invited to a lot of Malay house here who is interested to know about the Malay culture from the Malay archipelagos especially Malaysia & Indonesia. Since that many Malays here do not get much chance or afford to revisit their ancestors homeland, so every time there is Malays who visits Capetown, my host will welcome to his home. Since he was young , his father’s will ask him to invite the Malay sailors to his house and stay for a few days before they continue their sail. There is an interesting story about Abdullah that I will share in my upcoming post.)

Untuk post kali ini, saya akan berkongsi mengenai makanan orang Melayu disini. Anda mungkin tertanya-tanya apakah makanan Melayu yang masih dimakan oleh orang Melayu disini?  Seperti yang saya ceritakan di bahagian 2, makanan orang Melayu telah banyak disesuaikan dengan cita rasa ‘Tuan’ mereka semasa bekerja sebagai tukang masak di rumah penjajah Belanda dan British. Oleh itu, walaupun nama masakan mungkin Melayu, namun rasanya agak berbeza dari yang kita biasa makan.

(For this post, I would like to share about the Malay food’s here. You might be wondering whether the Malays here still eats Malay food like us? As I mentioned previously in part 2, the Malays food have been modified to suit the taste of their ‘Masters’ while working as a cook in the colonial house like Dutch and British. Therefore, even though the name might sound Malay but the taste have slightly changed from we we normally have.)

Hal ini kerana, orang putih tidak makan makanan yang terlalu pedas, jadi banyak bahan dalam masakan digantikan dengan bahan yang masam atau manis. Antara beberapa jenis masakan yang sempat saya rasa ialah

(This is because, the Whites don’t eat spicy food, so a lot of the ingredients have been replaced with sour or sweet ingredient. Among the type of food that I had the chance to taste was:)

Blantjang (Belacan), ia dibuat daripada Jem Apricot, cili, dan cuka

 (Made of Apricot jam, chilli and vinegar.)

Sambal, cara membuatnya seakan sambal asam, iaitu bawang, tomato, timun dan cuka.

(the way they make it is like our sambal asam, which is, onions, tomato, cucumber and vinegar)

Koesister, rasanya seperti cakoi yang diadun bersama serbu kayu manis, dan disalut air gula sebelum ditabur dengan kelapa parut. Koesister atau ‘kuih’ sister merupakan kuih yang sering dimakan oleh orang Melayu disini. Ia sering dihidangkan semasa hari ‘Lebarang’ @ hari Raya atau kenduri kahwin mahupun hari biasa terutamanya di hujung minggu dimana ramai ahli keluarga orang Melayu akan berkumpul dan melawat keluarga mereka.

(…it taste like cakoi mixed with cinnamon powder  and glazed with melted sugar before it is sprinkled with coconut. Koesister or ‘kuih’ sister is a delicacies that the Malays normally eats here. It is served during ‘Lebarang’ @ hari raya (Eid) or during weddings and even in normal day usually on the weekends where many of the Malays families gets together and visits their family.) 

Frikkadel  tidak ubah seperti bergedil, sama ada bergedil daging, atau ikan yang dicampur dengan sedikit tepung.

(…it taste almost like bergedil, either minced meat bergedil or fish with a mix of flour)

Roti, rasanya seperti Roti Canai yang tebal dan besar, tetapi mereka tidak makan dengan kuah dhal. Selain nasi, orang Melayu disini kebanyakkannya makan roti dan jagung sebagai ganti kerana ia adalah makanan yang paling murah dan banyak didapati di sini.

(…tastes like Roti Canai but slightly thick and bigger, but they don’t eat it with Dhal. Other than rice, the Malays here normally have bread or maize to replace rice because it is the cheapest food that is easily available here) 

Penangkerrie , atau Kari Penang juga salah satu masakan orang Melayu disini. Saya masih belum berpeluang merasakan masakan ini tetapi ada membaca bahawa mereka memasukkan cuka di dalam masakan, mungkinkah untuk menggantikan asam jawa? Namun, saya sempat merasakan kari ayam yang tidak ubah seperti kari ayam di Malaysia.

(..or Penang curry is also one of the Malay food here. I still haven’t got the chance to taste this dish but I did read that they put vinegar in their curry, perhaps to substitute the Asam Jawa? However, I did get to taste the chicken curry that taste like the one’s in Malaysia.) 

‘Yellow rice’ atau Nasi kuning seakan pulut kuning tetapi diganti dengan nasi. Rasanya manis dan agak basah. Kebanyakan nasi di sini memang manis-manis yang dicampur dengan rempah ratus.

(…is like the Pulut Kuning but replaced with rice. It taste sweet and moist.  Most of the rice here is a little bit sweet and mixed with spices.)

Achney , rasanya seperti nasi daging,  dan cara membuatnya juga menggunakan nasi dan daging serta rempah.

(…tastes like Nasi Daging, and the way they make it also uses rice and meat with a bit of spice.)

 

Samoosa, orang Melayu disini juga gemar membuat Samosa, ia akan dicicah bersama Blantjang.

(..the Malays here also loves to make Samosa, it is dipped with Blantjang.)

Falooda, ia tidak ubah seperti air bandung yang dicampur dengan sagu, dan sedikit aiskrim. Saya sempat merasakannya semasa kenduri kahwin orang Melayu disini. Oleh kerana perkahwinan campur antara orang Melayu dengan orang India, maka ada juga masakan orang Melayu dipengaruhi oleh masakan India seperti Falooda.

(..taste very much like the Air Bandung, with a bit of Sago and ice cream. I had the chance to taste this drink during a Malay wedding here. Because of the inter-marriage between the Malays and the Indians, so some of the food here have also been influenced by Indian cooking like the Falooda.)

 Kebanyakan rumah orang Melayu disini akan menghidangkan air gas atau jus buah kepada tetamunya selain air teh. Jika berkesempatan datang, cubalah teh Rooibos yang merupakan teh yang ditanam di Capetown.

(Most of the Malay houses here will serve carbonated drink or fruit juice to their guests other than tea. If you have the chance to come, do try their Rooibos tea which they grow in Capetown.)

 

Boentjies (Buncis), masakan ini selalunya dimakan semasa hari pengebumian orang Melayu, ia dibuat daripada kacang merah @ ‘bake beans’, kentang , dan daging kambing atau daging lembu. Menurut host, masakan ini semakin jarang dihidang oleh orang Melayu masa kini dan diganti dengan briyani atau Achney, sandwich dan sebagainya. Namun, beliau menceritakan bahawa terdapat banyak khasiat disebalik masakan ini kerana apabila seseorang muslim itu meninggal, bukan sahaja keluarga yang bersedih akan kematian ahli keluarganya, bahkan komuniti disekeliling keluarga itu yang turut bersedih (jiran tetangga, sahabat handai dsb)

(…this cooking are usually eaten during Malay funerals, it is made of bake beans, potato, lamb or beef meat. According to my host, this dish are now hardly served by the Malays here and replaced with briyani or Achney, sandwiches etc. But, he told me that there’s a lot of benefits behind this cooking because when a muslim pass away, its not just the family who will be grieving but also the community around him also grieves with them (neighbours, friends etc) ) 

Oleh itu, untuk  membawa keluar keluarga tersebut dari kesedihan, penawar yang paling baik ialah melalui makanan. Beliau menyebut tentang hadis Nabi SAW yang mengalakkan umat Islam untuk memberi makan keluarga yang sedang berkabung. Makanan berbentuk kekacang amat bagus untuk menghilangkan rasa ‘depress’ dan sedih seperti Boentjie. Masakan yang dimakan semasa ‘janazah’ atau pengebumian dinamakan ‘Kifayat Kos’, biasanya berasaskan Ertjie (lobak merah), Woraltjie (kacang pea), dan Boentjie (kacang). ‘Jie’ disebut ‘chi’ (kechik) kerana apa saja yang kecil akan ditambah ‘jie’ dibelakang.  Ertjie dan Woraltjie pula dicampur bersama dengan nasi.

(Therefore, to bring out the family from sadness, the best cure is through food. He mentions a hadith from Prophet Muhammas SAW that encourages the muslims to give food when a family is grieving. Food in the form of nuts is good to overcome ‘depression’ and sadness like the Boentjie. Food’s served during funeral or ‘janazah’ are called’ kifayat kos’ and normally based on carrots, peas, and baked beans. Jie is pronounced as ‘chi’ (kechik) because anything that is added ‘Jie’ at the back means ‘small’. Ertjie and woraltjie is mixed with rice.)

Ini menunjukkan bahawa orang Melayu masa dahulu amat arif tentang penggunaan makanan dan kaitannya dengan kesihatan kerana di dalam Islam sendiri ada menyebut tentang jenis jenis makanan yang baik untuk kesihatan. Contohnya, jika sedang minum, kita perlu duduk kerana ia bagus untuk buah pinggang kerana buah pinggang akan memproses air dan menghilangkan dahaga. Tetapi jika kita minum sambil berdiri, air tidak dapat disalurkan ke buah pinggang dan terus ke pundi kencing. Beliau turut membaca satu kajian dari Amerika yang mendapati bahwa makanan berbentuk kekacang boleh membantu mengurangkan ‘depression’.

(This shows that the Malays are very knowledgeable in the use of food and its relation with the health because in Islam itself mentions the type of foods that is good for our health. For example, when we drink, we need to sit down because it is good for the kidney. Because, the kidney will proces the water and quench our thirst. But, if we drink when we are standing, the water cannot reach the the kidney but goes straight to the bladder system. He also read a research from America that founds the nuts to be able to help reduce depression.)

Jadi beliau berharap orang Melayu disini dapat kembali mengamalkan masakan ‘Kifayat Kos’ kerana ia baik untuk kesihatan. Dan dapat membantu keluarga yang sedang berkabung untuk keluar dari kesedihan.

(So, he hope that the Malays here can go back to practicing the ‘Kifayat Kos’ as it is beneficial for their health and helps the grieving family to overcome their sadness.)

 

Mencari Melayu di Capetown (bahagian 2)

Ramai yang bertanyakan tentang bahasa yang digunakan oleh orang Melayu disini, adakah mereka masih boleh bercakap bahasa Melayu? Jawapan saya, ya cuma tidak begitu fasih seperti datuk dan nenek moyang mereka. Hal ini kerana, apabila mereka dibawa ke Capetown, mereka tidak dibenarkan bercakap bahasa Melayu kerana bimbang akan merancang untuk menentang Belanda ketika itu. Sekiranya didapati bercakap bahasa Melayu, mereka akan di pukul dan diseksa oleh tuan mereka.

(Many people asked me about the language spoken by the Malays here, do they still speak in Malay? My answer is, yes, they do but not as fluent as their ancestors. Because, when they were brought to Capetown, they were not allowed to speak their mother tongue   because the Dutch is afraid that the Malays will revolt against the Dutch. If they are found speaking in Malay, they will be tortured by their masters)

Antara perkataan Melayu yang masih digunakan hingga kini ialah ‘Trema Kasie’ (Terima kasih) yang akan dibalas dengan Kanala (‘Kerana Allah’ @ Kasih kerana Allah), Pierieng (Piring) , Burjanji (Berzanji), Kufiyah (kopiah), Maaf (biasanya untuk ‘excuse me’/’sorry’), Jamang (Jamban), baiedanki (‘banyak’ terima kasih)  dan sebagainya.

(Among the Malay words that is still being used until now is ‘Trema Kasie’ (Thank you), which will be replied with ‘Kanala’ (Because of Allah @Love for Allah) , Pierieng (Saucer), Burjanji (Berzanji) Kufiyah (kopiah), Maaf (usually for ‘excuse me’/’sorry’), Jamang (Jamban), Baiedanki (‘banyak’ terima kasih @ thank you very much) etc.

Ada juga perkataan Melayu yang digunakan khusus merujuk Al Quran seperti ‘Kitab‘, ‘Tamat’ ( Khatam Quran atau tamat belajar agama) dan Baca yang merujuk membaca Al Quran.

(There are Malay words that is used specifically for religious reference such as ‘Kitab’ for Al Quran, ‘Tamat’ for finished (complete reading /learning the Quran or finish learning Islamic studies) , and ‘Baca’ for reading the Al Quran.)

Malah kebanyakan perkataan Melayu banyak mempengaruhi bahasa Afrikaan yang digunakan di Capetown namun tidak disedari oleh generasi kini kerana menyangka ia adalah bahasa Afrikaan , tetapi sebaliknya berasal dari bahasa Melayu

(In fact, there are many Malay words that have strongly influences the Afrikaan language which is used by the locals here but not many people especially the Malays now realize it is actually derives from Malay word and throught that it is Afrikaan language.)

Orang Melayu di Capetown mula tiba di Capetown apabila Belanda menangkap orang-orang Melayu yang menentang Belanda di kepulauan Melayu. Saya tidak begitu arif sepenuhnya tentang sejarah kedatangan mereka kerana kedatangan mereka adalah secara berperingkat. Namun kebanyakan mereka tiba seawal kurun ke 17 dan ada juga yang berlayar ke Capetown mengikut kapal dagang sekitar kurun ke 19. Namun oleh kerana pihak penjajah tidak membenarkan orang Melayu untuk keluar dari Capetown selama 300 tahun lebih maka hubungan orang Melayu disini terputus sehingga berakhirnya Apartheid.  Namun, ada juga orang Melayu yang cuba mencari semula keluarga dan warisan mereka antaranya host saya, Abdullah Waggie di mana datuk dan bapanya berasal dari Surabaya.

(The Malays are said to arrive in Capetown when the Dutch captured the Malays who was fighting against the Dutch at the Malay archipelagos. I am not an expert in the history of their arrival, because most of them come in stages. Most of them arrive in the early 19th century and some sailed to Capetown with a trading ship around 19th century. Since that the Colonials do not allow the Malays to travel outside of Capetown for more than 300 years, the connection between the Malays here with their homeland were disconnected until the end of Apartheid. However, there are Malays that tries to search back their family and their heritage among them were my host, Abdullah Waggie whose grandffather and father are from Surabaya)

Menariknya ada juga ulama seperti  Sheikh Yusuf yang menjadi ‘political exile’ yang mendapat keistimewaan khas untuk tinggal di sebuah ladang di  Zandvleit dan ‘bebas’ bergerak dalam kawasan yang terhad . Sheikh Yusuf  tidak datang berseorangan tetapi bersama 49 orang yang lain yang terdiri daripada  ahli keluarga, pengikut  dan hamba-hambanya. Beliau dibuang ke Capetown kerana menentang Belanda dan  berasal dari Makassar, beliau juga merupakan anak saudara kepada Sultan Alauddin dari Gouwa (kini Makassar,Indonesia).  Beliau disambut oleh Gabenor Cape ketika itu Simon van der Stel , dan dibawa ke ladang Zandvleit  yang menjadi tempat beliau menyebarkan islam. Hingga kini, kawasan ini masih di panggil Macassar.

(Interestingly, there are ulamas like Sheikh Yusuf who were political exiles that recieves special privilege to live in a farm in Zandvleit and ‘free’ to move within a limited area. Sheikh Yusuf did not come alone but with all his 49 followers including his family, followers and household slaves. He was exiled to Capetown because he fought against the Dutch and was from Makassar, who is also the nephew of Sultan Alauddin from Gouwa (now known as Makassar, Indonesia). He was welcomed by the Governor Simon van der Stel and brought to the farm which became the centre for him to teach Islam. Even until now, the area was named as ‘Macassar’ in remembrance of his contribution here.)

Selain itu, terdapat juga tokoh ulama seperti  Tuan Guru Abdus Salam yang  telah dipenjarakan di Robben Island yang merupakan penjara yang sama Nelson Mandela dipenjarakan ketika zaman Apartheid pada tahun 1964.  Menariknya, ‘Tuang Guru’ @ Tuan Guru menulis manuskrip  Al Quran ke dalam bahasa Arab dan Jawi yang beliau hafal semasa di dalam penjara. Hal ini kerana beliau juga seorang hafiz al Quran.

(Other than that, there are other figures like Tuan Guru Abdus Salam who was imprisoned in Robben Island which was also the same prison where Nelson Mandela was sent to during the Apartheid in 1964. Tuang Guru @ Tuan Guru also wrote the Al Quran manuscript into Arab & Jawi which he remembers well since he is a hafiz in Al Quran.)

 

Kubur Tuan Guru Abdus Salam

(The grave of Tuan Guru Abdus Salam)

Masjid terawal di Capetown , Bo Kaap, di mana Tuan Guru mendirikan madrasah dan mengajar agama Islam

(The earliest mosque in Capetown where Tuan Guru start his own madrassa and teach Islam)

Al Quran yang ditulis oleh Tuan Guru, bertulis tangan semasa dipenjarakan di Robben Island yang disimpan oleh Masjid Auwal.

(Hand written Al Quran by Tuan Guru while he was imprisoned in Robben Island which is still kept by Masjid Auwal)

Walaubagaimanapun, saya dibawa bertemu salah seorang waris Tuan Guru iaitu Mutaqqin (tiga dari kiri) yang merupakan  generasi kelima kepada salah seorang anak Tuan Guru. Beliau memberitahu bahawa Tuan Guru merupakan imam terawal di Capetown dan mengajar di Masjid  Auwal, di Bo Kaap yang merupakan penempatan orang Melayu terawal. Beliau membina madrassah untuk mengajar islam sebaik dibebaskan dari penjara sehingga ia diterima sebagai  sebahagian dari sistem pendidikan ketika itu. Mutaqqin sendiri boleh bercakap bahasa Melayu kerana banyak bergaul dengan orang Melayu dari  Indonesia semasa belajar di luar negara dan beliau juga mempunyai master dari Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai Pengaruh Bahasa Melayu dalam Bahasa Afrikaan.

(I also met one of the fifth descendants of Tuan Guru, Mutaqqin from one of the Tuan Guru son lineage (Third from left). According to him, Tuan Guru is the earliest Imam in Capetown and taught in Auwal Mosque in Bo Kaap which became the Malay quarters in the early days. He build a madrassa and taught islam as soon as he was released from priosn that his teachings became part of the education system at the time. Mutaqqin himself can speak Malay which he learns from the Indonesians while studying abroad. He also obtained his Master from Universiti Kebangsaan Malaysia on ‘The Influence of Malay language in Afrikaan language’ ) 

 

Saya juga berpeluang melihat 3  manuskrip yang di tulis tangan sekitar kurun ke 18 yang disimpan di National Library South Africa. Namun penulisnya tidak diketahui kerana peribadi orang Melayu yang tidak mahu dikenali apabila menulis sesuatu kerana bimbang menimbulkan riak. Oleh itu pengkaji masih cuba mengenal pasti penulis manuskrip tersebut dan isi kandungannya. Oleh kerana ia masih dalam kajian, saya tidak dibenarkan mendedahkan isi kandungan manuskrip tersebut.

(I also got the opportunity to look at 3 manuscripts, all handwritten around 18th century which was kept at the National Library of South Africa. However, the writer is unknown because the Malay writers at the time prefers to remain anonymous when they write fearing that it will lead to arrogance. Therefore their researchers is still trying to identify the author of the manuscripts and the contents of it. Due to confidentiality, I am not allowed to disclose the content of the manuscript)

Terdapat banyak ‘Kramat’ atau perkuburan wali-wali yang dianggap ‘keramat’ di Capetown antaranya Orang Cayen (orang Kaya)  , Syed Alowie yang dilantik sebagai polis di Capetown selepas dibebaskan dari penjara. Oleh kerana statusnya sebagai polis, membolehkan Islam berkembang dengan lebih pesat lagi. Mereka dikuburkan di Tana Baru (masih mengekalkan nama yang sama)

[There are a lot of ‘Kramat’ or graveyard of the wali’s (respectable person ) which the Malay regard as ‘Keramat’ (holds special power) in Capetown. Among them were, Orang Cayen (a calling name for rich  Malay man), Syed Alowie who was appointed as police after he was released. Because of his status as police, it enables him to spread islam better. They were buried at Tana Baru (still using the same name)]

Di samping itu, saya turut melawat museum District Six yang menjadi penempatan awal orang Melayu, semasa zaman Apartheid mereka dipaksa pindah keluar kerana ia dijadikan kawasan orang putih sahaja (White area) . Oleh kerana warna kulit orang Melayu yang berwarna gelap dan coklat, mereka turut didiskriminasi oleh kerajaan Apartheid ketika itu. Kesan dari Group Area Act 1950, ramai orang Melayu yang dahulunya tinggal di Bo Kaap, Constantia dan District Six dipindahkan ke kawasan seperti Cape Flatts, Mitchell’s Plain yang jauh dari bandar utama. Ini mengubah sosioekonomi orang Melayu setelah rumah dan tanah mereka dirampas oleh Apartheid. Mereka juga diberi kad pengenalan  yang tercatat ‘Melayu’ pada kad mereka.

[Other than that, I also visited District Six Museum which became the early Malay settlements , before they were forcedto move out during the Apartheid to be made as the White Area.Due to the skin color, the Malays were also discriminated. The impact of Group Area Act 1950 forces the Malays to move from places like Bo Kaap, Constantia, District Six to other areas like Cape Flatts, Mitchell’s Plain which is far from the city centre. This changed the socioe-conomy of the Malays and some became poor after their house and land was stripped off.  They were also give an identity card which states ‘Malay’.]

Terdapat juga koleksi gambar dan barang-barang yang dibawa oleh orang Melayu semasa mereka berpindah antaranya:

[There were also photo collections and stuffs theat was carried by the Malays when they were forced to move out, among them were: ]

Rempah ratus yang digunakan untuk memasak

Menurut host saya, ramai orang Melayu yang menjadi tukang masak  kepada tuan orang putih terutamanya Belanda dan kemudiannya British. Oleh itu banyak masakan Melayu yang telah diubahsuai mengikut cita rasa ‘tuan’ mereka. Ini menyebabkan masakan orang Melayu turut berubah walapun nama Melayu masih dikekalkan. Antaranya, Blatjang (Belacan), Penangkerrie (Kari Penang),  Boeber (Bubur), Frikkadel (Bergedil) dan sebagainya.

[According to my host, many Malays became cooks for their Masters especially Dutch and then the British. Because of this, a lot of the Malay food have been modiefied to suit the  taste of their ‘Masters’. This makes the Malay cooking change even though the name remains. Example:  Blatjang (Belacan), Penangkerrie (Kari Penang),  Boeber (Bubur), Frikkadel (Bergedil)

 Menariknya, orang Melayu menjadi pilihan penjajah kerana mereka pandai menggunakan rempah ratus dan paling utama mereka adalah orang Islam yang terkenal dengan kebersihan dan turut menggunakan daging halal dalam masakan mereka. Saya akan kongsi tentang makanan orang Melayu di post seterusnya.

[Interestingly, the Malays became a favorite choice by the colonials because they are very good in using spices  and importantly because they were muslim which is known to be a clean person and uses halal meat in their cooking. I will share on the Malay cooking in the next post.]

Seramik yang ditulis dalam bahasa Melayu 

Dari segi pekerjaan, orang Melayu sangat kreatif dan banyak menggunakan pekerjaan yang melibatkan kerja tangan seperti mengukir kayu, membuat rotan, membuat perabut, menangkap ikan dan menjahit. Malah, banyak bangunan lama di Capetown sebenarnya di bina oleh orang Melayu.

[In terms of occupation, the Malays are very creative with their hands, and many of them works as carvers, rottan maker, furniture maker, fisherman and tailors. Many old buildings in Capetown were actually built by the Malays.] 

Dari segi amalan tradisi, orang melayu disini masih mengekalkan tradisi seperti sambutan Maulud Nabi, di mana malam Maulud Nabi, amalan ‘Rampies’ diadakan. dengan memotong bunga-bunga dan kulit oren , sebelum diasapkan dengan setanggi dan dibungkus untuk diberi kepada tetamu seperti yang pernah saya tulis di post sebelum ini. (Rujuk: bahagian 1)

(Traditionally, the Malays still continues their traditions such as Maulud Nabi, whereby the night before the Maulud,  ‘Rampies’ ceremony are held by cutting the local flowers and orange peel, which then smoked with incense and folded into small pouch to be given to the male guests as mentioned in previous post (Refer: part 1) ]

Majlis memberi nama kepada anak yang baru lahir, seperti yang tercatat dalam gambar di atas, anak orang Melayu di dalam gambar ini dinamakan ‘Fatima Februarie’. Sebenarnya, ‘Februari’ merupakan bulan keluarga ini dibebaskan dari menjadi hamba oleh tuan mereka. Oleh itu kebanyakan orang Melayu yang mempunyai nama akhir mengikut bulan, merupakan dari golongan hamba. Namun ada juga yang bukan hamba dan mengekalkan nama dari keluarga yang mereka dilahirkan. Nama-nama orang Melayu di Capetown kebanyakannya mengikut tulisan Belanda, disebabkan itu ‘Muhammad’ berubah menjadi ‘Moegammat’ (huruf ‘g’ disebut ‘h’).

[The name giving ceremony for new borns, as stated in the picture above, according to this picture  , his daughter were named ‘Fatima Februarie’. In reality, ‘Februarie’ is the month where the family was freed by their Masters. Therefore, the Malays who had the month name as their last name were once slaves. However, there are also Malays who were free people and uses their family name. The Malay names in Capetown mostly uses the Dutch spelling, thats why ‘Muhammad’ will change into ‘Moegammat’ (the ‘g’ pronounced as ‘h’) ]

Saya juga turut membaca suratkhabar tempatan disini yang ada menulis tentang pengalaman menunaikan haji. Setelah pulang dari haji, kebanyakan wanitanya akan memakai pakaian ‘Hujaj’ yang dibeli dari Mekah daripada orang Melayu disana. Pakaian ini turut digunakan untuk menjemput pengantin perempuan ke rumah baru suaminya dan mereka akan melayan pengantin baru selama 7 hari. Pengantin dilayan bak ‘Raja 7 hari’ dan mereka tidak perlu berbuat apa-apa termasuk masak, kemas rumah dan sebagainya. Biasanya ahli keluarga dalam keluarga pengantin lelaki yang pernah menunaikan haji akan datang melakukan semua kerja-kerja tersebut.

[I also read the local newspaper which had an article on the Malays experience in going for Hajj in the olden times. Upon returning from Hajj, the womens will wear ‘Hujaj’ which was bought from Mekah that was sold by the Malays there. This dress was also worn when the ‘Hujaj’ brings home the Bride to the Groom house and they were treated like a ‘King’ for 7 days. They are not allowed to do anything including cooking, cleaning, and etc which will be done by the Hujaj. Usually, the family members of those who went to Hajj of the Groom side will be doing all the work.]

Menurut orang disini, sekiranya kita dijemput menghadiri majlis perkahwinan pada minggu tersebut, bermakna majlis tersebut adalah majlis kecil. Tetapi jika kita dijemput menghadiri majlis tersebut sebulan dari sekarang, majlis tersebut merupakan majlis yang besar. Saya turut dijemput menghadiri majlis perkahwinan salah seorang kenalan host saya yang akan saya kongsi kemudian.

[According to the locals, if we were invited to attend weddings in this week, it is a small wedding but if we are invited to attend a wedding a month from now, it means it will be a big wedding. I was invited to attend a Malay wedding of one of my host friends which I will share in another post.]

Mencari Melayu di Capetown (bahagian 1)

14329976_1467504976599125_6953612733102059856_n

  • Pada 23 September kami tiba di Capetown, di sambut oleh Pak Gielmi (Hilmi), Faghrie, dan Abdullah Waggie, orang Melayu di Capetown yang merupakan keturunan dari orang Melayu yang dibuang ke Capetown oleh Belanda sekitar abad ke 17. Di South Africa, mereka dikenali sebagai ‘Cape Malay’ namun kebanyakan orang Melayu disitu lebih gemar dikenali sebagai orang Melayu. Hal ini kerana ‘Cape Malay’ merupakan definisi penjajah Belanda dan British terhadap orang Melayu dan pebagai bangsa lain yang beragama islam contohnya India muslim. Namun, orang Melayu disini berasal dari kepulauan Melayu sebelum dipisahkan oleh sempadan Negara melalui penjajahan sebelum terbentuknya Malaysia dan Indonesia.

 

  • Saya mendapat undangan untuk tinggal bersama keluarga Abdullah Waggie menerusi program ala homestay, di mana saya tinggal di rumahnya dan beberapa rumah orang Melayu disana bagi membolehkan saya mengenali dengan lebih dekat budaya orang Melayu disana. Bersama saya, saya turut membawa ibu, ibu saudara dan bapa saudara saya serta dua orang sahabat baik saya yang turut berminat mengenali budaya orang Melayu disana selain membantu saya mempromosikan budaya orang Melayu dari Malaysia. Antaranya, mengadakan ‘charity sale’ dengan menjual baju kurung yang terpakai dan baju Batik Sarawak serta tudung dari Malaysia. Hasil jualan kami dermakan kepada sekolah orang Melayu yang dikendalikan oleh Abdullah Waggie.

 

  • Untuk dua minggu pertama, kami tinggal di Constantia, yang terletak berdekatan kawasan ladang anggur yang juga digunakan sebagai tempat sambutan Festival Warisan Budaya Melayu atau Annual Malay Cultural Heritage Festival 2016. Festival ini  dianjurkan oleh Persatuan Melayu Cultural Heritage Society South Africa selama 5 tahun semenjak 2011. Festival ini merupakan antara usaha memartabatkan dan mempromosikan warisan dan budaya orang Melayu dalam kalangan orang Melayu di Capetown serta orang tempatan sempena ‘Heritage Day’ yang diadakan setiap 24 September. Namun, tarikh festival ini berubah-ubah bergantung kepada perancangan penganjur. Kebetulan saja tahun ini festival ini diadakan pada hari yang sama Heritage Day diadakan kerana ia jatuh pada hari minggu.

 

  • Pada hari ‘Melayu Cultural Heritage Festival 2016, pelbagai program telah diadakan antaranya demo masakan Cape Malay oleh Salwaa Smith, seorang blogger Melayu  & penulis buku resipi masakan Cape Malay.

 

 

  • Selain itu, satu pertandingan ratu cantik yang dinamakan ‘Face of Melayu’ telah diadakan di mana anak-anak muda Melayu yang terpilih untuk bertanding akan diuji melalui komitmen mereka dalam mempromosikan budaya orang Melayu dan pengatahuan mereka tentang sejarah dan warisan Melayu atau keluarga mereka sendiri. Pemenang yang terpilih akan melawat Malaysia & Indonesia bagi mengenali budaya orang Melayu di mana asalnya orang Melayu.
  • Dalam pertandingan itu, Khadija De Roos,  19 tahun,  yang merupakan campuran Melayu dan India telah muncul juara. Apabila saya bertanya kepada mereka apakah makna ‘Melayu’ kepada diri mereka, beliau menyatakan bahawa

 Melayu adalah asal usul nenek moyang saya dan saya dibesarkan oleh ibu bapa saya”

 -Khadija De Roos

 

Bekas juara tahun 2015, Maryam Agherdien berketurunan Melayu dari Pulau Pinang turut bersetuju dengan beliau dan menyatakan bahawa

“….orang muda tahu tentang asal-usul mereka Cuma mereka perlu diingatkan semula tentang perlunya mengetahui asal-usul mereka dan kepentingan warisan dan budaya mereka”.

Khadija, kiri bersama pemenang tahun lalu, Maryam. Berbeza dari pertandingan ratu cantik yang lain, Khadija dikalungkan rantai emas bagi menggantikan mahkota.

  • Semua finalis akan terus bertanding untuk pertandingan tahun depan secara automatik. Sepanjang pertandingan tersebut, peserta yang terpilih dibawa ke radio tempatan untuk menceritakan tentang penglibatan mereka dalam pertandingan ‘Face of Melayu’ dan aktiviti yang perlu dilakukan. Mereka juga turut memperagakan pakaian orang Melayu dari Malaysia dan Indonesia seperti baju kurung yang kami bawa untuk jualan amal dan pakaian tradisional orang Indonesia dari pelbagai etnik. Peserta juga turut memakai pakaian dari pereka Melayu tempatan yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

 

  • Finalis memakai pakaian orang Melayu dari Indonesia yang dibawa oleh kedutaan Indonesia.

 

Finalis F.O.M memakai baju kurung yang digunakan untuk jualan amal.

Selain itu, satu demonstrasi cara pemakaian ‘Midora’ iaitu sejenis hiasan kepala yang dipakai oleh orang Melayu disini semasa perkahwinan. Oleh kerana ramai orang Melayu yang bekerja di bawah colonial barat, maka sebahagian dari cara pemakaian baju dan makanan orang Melayu turut dipengaruhi oleh Barat. Oleh itu, pernikahan orang Melayu akan mengikut cara orang Islam tetapi pengantin perempuan akan memakai gaun dan ‘Midora’ sebagai hiasan kepala manakala pengantin lelaki akan memakai tuksedo.

 

 

 

  • Temuramah oleh media tempatan ‘Itv’, dari Johannesburg mengenai pengalaman menyertai festival tersebut  dan lawatan saya ke Capetown.

 

 

  • Jualan makanan dan barangan

 

 

Pameran  sejarah orang Melayu dan koleksi gambar keluarga orang Melayu serta jenis-jenis ‘topi’ yang dipakai oleh orang Melayu dahulu turut dipamerkan di Melayu Cultural Heritage Festival.

 

Antara gambar yang menarik dipamerkan ialah gambar pekerjaan orang Melayu ketika itu yang mahir dalam pelbagai bidang antaranya ilmu pertukangan seperti perabut, menjahit baju, dan menangkap ikan. Tidak ramai yang mengetahui bahawa banyak bangunan di Capetown sebenarnya dibina oleh orang Melayu semasa zaman kolonial Barat. Ramai orang Melayu ketika itu memakai topi merah yang dipanggil ‘Fez’ dari Morocco.

 

 

 

  • Turut dipamerkan, pakaian orang Melayu khususnya golongan wanita yang pulang dari Mekah yang dinamakan ‘Hujaj’. Pakaian ini dibeli dari orang Melayu yang menjualnya di Mekah dan dipakai setelah mereka kembali dari Mekah. Pakaian ini turut di pakai semasa majlis perkahwinan orang Melayu di mana saudara-mara (biasanya orang yang lebih tua) yang pernah mengerjakan ibadah haji dari sebelah pihak pengantin akan menjemput pengantin perempuan ke rumah baru yang dibeli oleh pengantin lelaki. Menurut orang Melayu disini, apabila seorang lelaki ingin berkahwin , mereka perlu menyediakan rumah dan segala kelengkapan asas dalam rumah tersebut. Oleh itu, walaupun tidak mempunya hantaran berbentuk wang ringgit dan hanya mas kahwin serta apa sahaja hadiah yang dipersetujui semasa lamaran dibuat, bakal suami perlu memastikan bahawa dia mempunyai sebuah rumah untuk tinggal bersama selepas berkahwin mengikut kemampuannya. Menariknya, selama 7 hari, ‘hujaj’ ini akan datang ke rumah pengantin baru dan memasak serta mengemas rumah bak raja sehari. Bezanya, mereka ini diraikan selama 7 hari dimana pengantin baru tidak perlu berbuat apa-apa dan menikmati layanan istimewa oleh hujaj-hujaj yang datang ke rumah mereka!

 

  • Oleh kerana hubungan yang rapat antara komuniti Melayu disini, kebanyakan persiapan perkahwinan akan dibantu oleh sanak saudara yang akan menawarkan diri untuk menghias atau memasak masakan atau minuman untuk majlis perkahwinan sama seperti orang Melayu dahulu. Malah, apabila ingin mengundang tetamu ke majlis perkahwinan mereka, bakal pengantin baik yang lelaki mahupun perempuan akan melawat saudara-mara terdekat dan meminta agar didoakan perkahwinan mereka. Secara tidak langsung, ia membolehkan bakal pengantin mengenali saudara-mara dengan lebih rapat dan mengukuhkan hubungan keluarga. Setiap bakal pengantin akan ditemani pengapit masing-masing tanpa ditemani oleh ibu bapa mereka dan menjemput saudara-mara mereka ke majlis perkahwinan mereka.

  • Selain itu, saya turut melihat gambar ‘Rampies’ yang merupakan satu amalan memotong Bunga Rampai yang diubahsuai dengan memotong bunga-bunga tempatan, daun oren atau lemon sebelum diasapkan dengan setanggi dan dibungkus kedalam sampul yang kecil semasa malam Maulud Nabi. Sampul ini kemudiannya diberi kepada tetamu lelaki yang datang ke majlis tersebut

  • Turut dipamerkan, manuskrip kitab lama bertulis tangan yang masih disimpan oleh keluarga orang Melayu di Capetown

 

  • Selain dari itu, satu persembahan nasyid oleh anak-anak muda Melayu berusia sekitar 16 hingga 19 tahun. Mereka menyanyikan selawat dan qasidah yang sering dinyanyikan oleh orang Melayu disana.

 

 

  • Semasa festival tersebut, kami juga mengadakan jualan amal dengan menjual baju kurung terpakai dan batik Sarawak serta tudung yang kami bawa dari Malaysia. Hasil jualan kami dermakan sepenuhnya kepada sekolah Ieglaasi Nieyah yang majoritinya dihadiri oleh anak-anak Melayu di Mitchell’s Plain.

 

Sahabat saya, Qistina dan adiknya, Asila yang membantu menjual baju kurung Melayu dan tudung yang disumbangkan oleh pelbagai pihak dari Malaysia termasuk koleksi baju kurung kami sendiri.

Untuk festival itu, kami turut mendemonstrasikan cara pemakaian sampin dan baju kurung Melayu.

Menariknya, sejurus selepas itu, saya turut diperkenalkan kepada Aminah yang pernah datang ke Malaysia untuk belajar cara membuat baju kurung Melayu sekitar tahun 90-an dan masih mengajar teknik membuat baju kurung kepada pelajar kursus menjahit dan fesyen di sini.

 

Festival ini bermula seawal 10 pagi dan berakhir sekitar 5 petang dan turut dihadiri oleh wakil dari kedutaan Indonesia yang turut menyertai festival ini.

Walaupun jumlah orang Melayu di sini nampak kecil namun kesan dan pengaruh orang Melayu di Capetown amat besar sumbangannya terutama dalam perkembangan Islam di Afrika Selatan. Hal ini kerana, walaupun orang Melayu yang dibawa kesini ‘dibuang’ bagi membendung pengaruh Islam dan penentangan orang Melayu terhadap penjajah Belanda di kepulauan Melayu. Sebaliknya telah berlaku di mana ia menjadi titik permulaan  dimana berkembangnya Islam di Afrika Selatan khususnya di Capetown yang akan saya ceritakan dalam siri seterusnya. Sebagai orang Melayu, saya amat terharu melihat betapa bangga dan tingginya rasa cinta dan semangat orang Melayu di Capetown akan warisan dan budaya mereka sendiri. Walaupun mereka ‘terputus hubungan’ dari kepulauan Melayu kerana tidak dibenarkan pulang ke tanah air mereka lebih 300 tahun lamanya, namun darah kemelayuan dan semangat orang Melayu terhadap identiti, sejarah, warisan dan budaya yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Bak kata pepatah, “Benih yang baik, jika dicampak ke laut menjadi pulau” begitulah salah satu sifat orang Melayu, yang mana, walau sejauh mana ‘dibuang’ oleh Belanda tetapi kerana sekiranya baik budi pekerti  seseorang Melayu itu akan terus memberi sumbangan dan menabur budi walau di mana  mereka berada.

Nota: Sebahagian gambar belum sempat dimuat naik. Anda boleh mengikuti travelogue saya melalui instagram: @mencarisakiinah

https://www.instagram.com/mencarisakiinah 

 

Bersambung…..