Demam Panas & Sawan, apa yang perlu anda tahu?

Minggu lalu, anak saudara saya, Zharfan, berusia 2 tahun 3 bulan telah demam panas dan diserang sawan (ada yang memanggilnya ‘tarik’) semasa sedang tidur di pejabat ibu saya. Hari itu adalah hari pertama taska, sekitar pukul 11 pagi saya membawanya pulang setelah mendapati badannya semakin panas untuk berehat di pejabat dahulu.
Kami mengelap badan dari semasa ke semasa dan memberinya makan, wpun muntah sedikit, kami memberinya makan setelah tidur sebentar dan air oren. Kemudian beliau tidur semula sebelum petang itu beliau tiba2 kejang seluruh badan, mata memandang atas, mengeletar sedikit ,serta seperti hendak mengeluarkan muntah tetapi tidak ada kerana giginya ketap rapat.
Oleh kerana saya berseorangan dan ibunya bekerja, saya tidak tahu buat apa kecuali segera membawanya kepada bilik sebelah untuk bantuan kerana anak saudara saya tidak ada respons apa2.
Kerana terlalu emosional, orang tersebut mengambil alih untuk memberikan bantuan. Beliau telah membuka baju dan seluar anak saudara saya dan mengelap badannya dengan air, dan letak di tempak yang terbuka iaitu surau berdekatan.
Setelah beberapa minit, anak saudara mempunyai sedikit respon dan cuba bersuara. Sementara menunggu ibu bapa sampai untuk membawanya ke klinik berdekatan, kami menukar pampersnya kerana beliau tercirit semasa serangan berlaku. Dalam masa 20minit sejak serangan berlaku, kami tiba di klinik sebelum Doktor mengambil alih. Dalam perjalanan ke klinik sehingga sepanjang rawatan, badannya masih kejang dan menangis memanggil ibunya yang ada bersama.
Doktor yang bertugas segera mengelap seluruh badannya dengan air suam dan menukarnya bila air semakin sejuk. Beliau juga memasukkan ubat demam dari punggung untuk menurunkan suhunya. Perlahan-lahan badannya kembali kepada normal dalam masa dua jam. Wpun kelihatan letih tetapi anak saudara saya pulih seperti biasa dan mampu makan secara normal selepas pulang dari klinik.
Oleh kerana klinik itu tidak dibuka sampai malam, jadi kami dibenarkan pulang dan membuat follow up di klinik kesihatan berdekatan rumah keesokkan harinya.
Kemudian, anak saudara saya dirujuk ke hospital untuk pemerhatian lanjut dan ujian darah bagi memastikan tiada jangkitan. Doktor mengesahkan ia adalah satu bentuk sawan atau ‘Seizure’ dlm bahasa Inggeris yang sering berlaku dalam kalangan kanak2 berusia bawah 5 tahun yang boleh berulang pada masa akan datang. Malah, pesakit di wad sebelahnya berusia 4 tahun , sudah 7 kali mendapat serangan.
Saya tidak tahu secara detail tentang seizure tetapi apa yang saya dapat kongsikan disini ialah penting ya tidak mengambil mudah tentang kesihatan anak wpun bukan anak sendiri tetapi eloklah ambil tahu juga perakara begini supaya kita tahu untuk bertindak jika berlaku di masa akan datang.
Untuk mengetahui tentang Febrile fit @ febrile seizure, boleh baca
Tetapi jangan terima 100% apa yang dalam internet dan rujuk doktor kanak-kanak yang berdekatan kerana ini hanya general information dan tidak semestinya sama reaksi kepada semua kanak-kanak.
Disebabkan ini kali pertama serangan berlaku dan tidak tahu tentang penyakit ini sehingga kejadian berlaku. Kami menyangka dia hanya demam biasa , dan tidak terus berjumpa doktor dengan membiarkan beliau rehat. Pagi sebelum membawanya pulang dari taska, ibunya meminta saya memberikan ubat demam dari farmasi untuk kanak-kanak kerana itu sudah kebiasaannya jika demam terus pulih.
Walaubagaimanapun, demamnya tidak surut sebelum berlaku serangan.
Setelah bertanya kepada rakan rakan yang bekerja sebagai doktor dan salah seorang ahli keluarga yang merupakan doktor pakar. Kesemuanya menasihatkan perkara yang sama jika serangan berlaku:
1) terus mendapat rawatan doktor jika demam, jangan menggunakan ubat yang tidak disahkan oleh doktor.
2) Invest dengan termometer yang bagus untuk memeriksa suhu badan anak dari semasa ke semasa
3) jika demam panas , segera lap dengan air suam sekerap yang mungkin agar suhu tidak tinggi
4) jangan selimutkan anak yang demam panas kerana ini akan menyebabkan badan anak semakin panas dan tidak dapat bernafas dengan baik.
5) jangan juga biarkan anak tidur ditempat yang sejuk spt bilik yg berhawa dingin, kekalkan di bilik yang suhu normal
6) sekiranya serangan berlaku, bawa anak di kawasan yang lapang dan jangan letak apa2 pada gigi atau tangan untuk memberhentikan serangan kerana serangan tersebut dikawal oleh otak. Ia hanya akan membahayakan keselamatan anak anda!
7) jauhkan anak dari barang2 disekitarnya dan buka pakaian agar beliau boleh bernafas sambil lap badan anak dengan air sebanyak yang mungkin sementara bantuan tiba.
8) maklumkan juga ahli keluarga mengenai langkah prevention ini agar mereka tahu bagaimana untuk menanganinya apabila serangan berlaku. Sekiranya anak anda ada kakak atau abang yang 5 tahun ke atas , ceritakan juga dengan cara yang paling mudah agar mereka segera memanggil orang dewasa jika nampak adik mereka dalam keadaan tersebut.
9) berikan banyak air kosong kepada anak jika demam agar beliau tidak kekurangan air @dehydrated, jika tidak lalu, ganti dgn buah atau blend buah segar agar mendapat nutrien secukupnya, jangan berikan minuman bergas dan junk food. Amalkan pemakanan yang sihat.
10) sentiasa rujuk kepada nasihat doktor dan jangan mengambil tindakan sendiri jika tidak terlatih dalam bidang medik. Ceritakan sepenuhnya apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas serangan bagi memudahkan doktor mencari punca dan mengetahui penyakit sebenar anak anda, maklumat yang anda berikan amat penting untuk mengetahui tanda2 sesuatu penyakit.
11) Ikuti program vaksin kementerian kesihatan & jangan mudah percaya kepada apa yang diinternet tanpa mengesahkannya dengan doktor. Nyawa dan keselamatan anak anda lebih penting dari segalanya.
Kesimpulannya,
Not everything on the internet is true, some are only half the story . Dr Google wont be able to save your children’s life. But you can by referring to your doctor’s advice! Read educational and scientifically researched books, NOT facebook. Refer the doctors and NOT Dr Google. Prevention is better than useless regrets. Please please take care of your children’s safety and health. Do not put your child at risk and underestimate any signs of sickness even a fever. Seizure can effect the brain damage, worst death, but nothing is more regrettable than a permanent body disorder.
From a concerned aunt to other fellow human beings.
Anda boleh juga merujuk artikel ini untuk informasi lanjut mengenai ‘febrile seizure’:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s