‘Melayu’

Saya paling pantang orang yang malu dengan bangsa sendiri, bila kita bangga dilabel racist padahal itulah keturunan kita, budaya kita,sejarah kita. Sedangkan bangsa lain juga berbangga dengan keturunan, budaya, asal usul mereka, mengapa tidak kita?

Bukankah dalam Quran pun ada sebut kita ni dilahirkan berbilang-bilang bangsa agar dapat mengenali antara satu sama lain?

Jika semua orang sama, maka sosialislah kita. Sama rata dalam Islam itu berbeza dengan sama rata sosialis. Sosialis menyamaratakan miskin dengan kaya, tapi adilkah jika kita berusaha lebih maka hasil kita harus sama dengan orang lain, dan apabila orang lain bekerja sedikit atau tak bekerja langsung maka sama juga hasil diperolehinya?

Sama rata dalam islam , mengambil zakat dari yang kaya dan memberikannya kepada yang miskin. Itu bezanya.

Tidak, ini bukan soal ‘ketuanan melayu’, tetapi orang Melayu kita sangat mudah untuk menerima pandangan, dogma, dan propaganda yang dimomokkan kepada kita tanpa memikirkan terlebih dahulu baik dan buruknya.

Ya ada Melayu yang malas, yang dengki, yang menabur pasir ke periuk nasi keluarga sendiri. Bangsa lain juga ada , malah mungkin lebih teruk?  Tapi ada juga Melayu yang baik, yang berbudi bahasa, yang boleh buat kita berbangga, bahawa itulah anak Melayu kita yang berjaya dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

Tahukah kita bila seorang Raja melayu memeluk Islam , hampir semua rakyatnya memeluk Islam? Hampir semua aspek kehidupan orang Melayu disesuaikan dengan agama islam, dan meninggalkan hanya yang melanggar syariat Islam? Tahukah kita bahawa tulisan Jawi itu sendiri dicipta oleh orang Melayu untuk menterjemah kitab-kitab agama Islam terdahulu agar mudah untuk difahami dan diajar kepada orang Melayu. Tahukah kita bahasa Melayu itu sendiri pernah menjadi lingua franca malah penjajah-penjajah juga harus belajar bahasa Melayu dan menulis dalam Jawi untuk diberikan kepada Sultan dan menteri-menteri untuk berdagang dan berurusan dengan mereka?

Demokrasi dan hak sama rata telah digunakan terlalu bebas sehinggakan berkahwin sesama jantina juga ‘sama’. Sebagai orang Islam, saya menulis dari konteks yang jelas di dalam Islam tidak membenarkan amalan tersebut apatah lagi ‘berkahwin’ sesama ‘jantina’.

Sama rata dalam Islam tidak mengenal bangsa, itu benar, tapi tidak bermakna tidak boleh menghargai keturunan, bangsa, budaya dan sejarah kita sendiri. Asalkan kita tidak berlebih-lebihan hingga kita merasakan kita terlalu hebat dari bangsa lain seperti Yahudi terhadap bangsa-bangsa lain.

Dan penyebar penyebar dakyah demokrasi, pluralisme, dan apa-apa -isme semakin hari semakin menular sehingga orang tempatan hilang indentiti mereka sendiri. Lihat saja pada apa yang kita pakai seharian, apa yang kita tonton, apa yang kita makan, masih adakah orang Melayu yang mahu keluar dengan berpakaian melayu selain dari hari Jumaat dan keramaian sahaja? Masih adakah orang Melayu yang tahu memasak masakan tradisional dan bukan KFC, McD dan Secret Recipe? Masih adakah orang Melayu yang mahu menonton wayang kulit, makyong, inang dan zapin? Masih adakah juga yang tahu menari tarian tradisional, sekalipun hanya Joget Lambak?

Semua itu dilabel sebagai ketinggalan zaman, dan bukan zaman yang perlu dikejar kembali agar dapat kita kongsikan dengan generasi seterusnya bahawa kita punya budaya, sejarah dan bahasa kita sendiri. Dan bukan hanya bergantung kepada apa yang dibawa dari luar , dan ditentukan oleh orang-orang yang kita rasakan hebat sedangkan masih ada lagi orang-orang Melayu yang mampu melakukan perkara yang sama cuma tidak diketengahkan sahaja.

Jadi janganlah malu untuk menjadi diri sendiri, menjadi apa yang Tuhan sudah anugerahkan kepada kita, sekalipun bangsa kita sendiri kerana kita dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang dianugerahkan dengan Islam sejak kita kecil tanpa perlu tercari-cari melainkan kita sendiri yang tergelincir dari jalan yang telah dibukakan kepada kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s