Al fatihah Tan Sri Aishah Ghani

Al fatihah buat Allahyarham Tan Sri (Dr.) Aishah Ghani , antara wanita melayu terawal yang menyambung pelajarannya dalam bidang kewartawanan , seorang diri di luar negara ketika anak-anaknya masih kecil menaiki kapal ke Regent’s Street Polytechnic., London.

Melalui laluan laut, beliau telah menulis mengenai pengalaman beliau dengan memerhatikan keadaan politik, budaya ,isu sosial dan sebagainya apabila kapal yang dinaiki berlabuh di Colombo, Bombay & Eden.

Di saat stigma masyarakat yang memandang serong terhadap wanita untuk menyambung pelajaran. Suami beliau sangat memahami akan cita-cita beliau dengan menjaga anak-anaknya sementara beliau menyambung pelajaran selama 3 tahun.

Sekembalinya ke tanah air, beliau bertugas sebagai wartawan Berita Harian, penyuntin di NST, sebelum meletakkan jawatan dan menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO & Naib Ketua sebelum menjadi Ketua Wanita UMNO. Selain itu, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Kebajikan Wanita & Masyarakat yang bertanggungjawab menubuhkan Yayasan Kebajikan Negara.

Penglibatan beliau di dalam bidang politik bermula semenjak Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada tahun 1945 dengan menjadi wartawan Pelita Malaya, di bawah PKMM selain mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ketika itu.

Beliau juga merupakan wanita yang pertama di Malaysia menjadi senator serta wakil wanita Malaysia yang pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Saya secara peribadi sangat mengesyorkan buku catatan peribadi beliau yang dibukukan “Ibu Melayu mengelilingi Dunia: Dari Rumah Ke London”. Bacalah dengan melangkaui perbezaan politik dan memahami bagaimana keadaan yang terpaksa dilalui sepanjang pengalaman beliau di sana.

Kembalilah ‘ibu’ kepangkuan Ilahi yang lebih menyayangi. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan dikasihiNya. Takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tan Sri (Dr.) Aishah Ghani.

 

Image

 

 

Memetik kata-kata Zaharah Othman dalam tulisan beliau iaitu: The Life & Loves of Aishah Ghani, New Straits Times

“Kisah TAN Sri Aishah Ghani merupakan kisah cintanya dalam pelbagai peringkat. Kasih beliau kepada suaminya, anak-anak dan negara. Tetapi ‘cinta pertamanya’ telah membawanya pergi dari mereka. Dalam usaha mencari cinta pertamanya, beliau menaiki kapal The Canton, di Tanjung Pagar, Singapura pada 10 April 1955 meninggalkan suami dan anak-anak sekecil 8,dan 6 tahun, yang bongsu hanya berumur 20 bulan.

Sepanjang perjalanan beliau mengelilingi separuh dunia, Aishah menulis buku Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah Ke London dengan nama pena Aishah Aziz. Beliau menulis tentang persinggahan beliau di  Colombo, Bombay and Eden semasa kapal yang dinaikinya berlabuh dengan menggambarkan pemerhatian beliau terhadap politik tempatan, isu sosial, budaya dan tradisi masyarakat setempat.

Setelah tiba di destinasinya iaitu  Tilbury Docks, London pada 9 Mei pada tahun yang sama, beliau memulakan perjalanan beliau yang sering beliau gambarkan sebagai kisah cintanya terhadap cinta pertamanya – Ilmu pengetahuan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s