Respon kepada isu Dinar Kelantan

O you who have believed,

do not consume usury,

doubled and multiplied,

but fear Allah….

that you may be successful

Quran: 3:130

* * *

Pada si polan si polan yang meragui Dinar sepertimana yg berlaku pada negeri Kelantan

Sila rujuk penerangan berikut:

http://www.islamicmint.com/news_articles/articles/statement_castineria.html

Matlamat utama pengembalian dinar ialah menengembalikan semula nilai sebenar wang yg sebenar berbanding manipulasi wang kertas.

Mengembalikan semula zakat, dgn membayar dgn wang sebenar dan bukan kertas apatah lagi melalui sms yg tak berbaloi baloi.

Dan yg paling penting ialah menghapuskan riba yg berleluasa, dan ulama2 bank  yg mengkomersialkan islam untuk matlamat peribadi dan bukan lagi ummah dgn meletakkan label ‘islam’ pada produk2nya.

Maaf,saya tidak percaya pada bank islam & bank tak islam, bank adalah bank, ia tetap kertas, tetap menggunakan sistem yg sama cuma nama yg berbeza agar kelihatan ‘islamik’ & pastinya sebagai bank, mereka lebih senang memilih sistem perbankan islam kerana tidak perlu membayar faedah walaupun tetap menggunakan sistem kertas.

Dinar itu sendiri sgt ringan, lebih ringan dari RM1 yg skrg dah pun diganti dgn kertas,dan sebenarnya Dinar di Malaysia bukan sahaja di Kelantan tetapi telah wujud seperti di Pulau Pinang, Johor, Bentan melalui wakala2 yg ditubuhkan oleh koperasi yang berminat melabur menggunakan dinar – rujuk public dinar/ public gold sbg cth. Bandingkan:

Jika di Cilincing,Indonesia, bukan sahaja Dinar & Dirham digunakan tetapi Daniq yg merupakan 1/6 daripada nilai Dinar malah  urus niaga ini dijalankan  secara bulanan oleh kampung tersebut baik pembekal mahupun pembeli  (ya sdgkan orang kampung juga faham nilai dinar & wpun tidak sebijak penganalisis politik,ekonomi dsb, tetapi mereka faham bagaimana Rupiah mereka diperkotak katikkan nilainya oleh sistem matawang sekarang)

Emas diharamkan di US dan diganti dgn kertas yg tiada nilainya & boleh dinaik & turunkan nilainya sewenang2nya sehingga berlaku krisis matawang, bukan sekali bukan 2 kali tapi 3 kali & pasti bnyk yg menanti.

Dinar bukan legal tender kerana dinar itu sendiri legal/sah kerana nilainya sebagai emas yg tidak boleh dimanipulasi nilainya, walau selama mana disimpan, nilainya sentiasa sama & semakin naik.

Yg pasti jgn terperangkap dgn sistem kapitalisme sebaliknya, kembali kepada sistem yg sebenar iaitu Islam, yg tidak mengharamkan riba & penindasan (Dalam hal ini,penindasan terhadap bukan saja sistem kewangan, tapi ekonomi negara itu sendiri bila memilih IMF)

Dan kalau hanya melihat Kelantan sahaja, sila lihat video di akhir tulisan & fahami kenapa Kelantan buat begitu sebab bukan Kelantan sahaja yg mulakan usaha mengembalikan dinar & dirham tapi juga di Cilincing,Indonesia & beberapa lagi negara lain (walaupun bukan berbentuk dinar tapi matlamatnya sama – tidak bergantung pada Dollar)

Kalau google alternative currency @ community currency, semakin bnyk negara di komuniti masing2 memperkenalkan alternatif kepada Dollar….hanya kerana nilainya yg sudah tidak lagi relevan kerana manipulasi matawang oleh orang2 seperti Soros, orang yg sama yg menjadi punca krisis matawang dunia yg telah memanipulasikan matawang sehingga jatuh teruk dan masih ada negara yg tidak dapat bangun semula dari krisis itu malah jatuh dgn lebih dalam lagi untuk keluar dari krisis tersebut setelah menerima bantuan ‘hutang2’ IMF.

Di US,Canada,UK,Europe, semakin banyak matawang diperkenalkan wpun tidak semua berjaya sepertimana Euro , kenapa tidak Kelantan? Kenapa tidak Malaysia? Dinar ini bukan Dinar Iraq mahupun Dinar Arab Saudi yg dibuat dari kertas tapi Dinar yg dibuat dari EMAS, dgn berat 4.25 gram yg sama digunakan semasa zaman Rasulullah SAW.

Ke mana hilang semua emas2 di dunia? Kenapa tiba2 ia diharamkan dan di ganti dgn kertas? Kerana jika kita tahu nilai sebenar wang kertas itu hanya sekadar kertas yang di cop bahawa ‘Aku janji Untuk Membayarnya’ tapi tidak pernah sekalipun hutang2 negara yg sama yang memperkenalkan sistem kertas, yang ‘Berjanji Untuk Membayar’ segala hutang2 yg di pinjam dari PBB?  Sebaliknya memanipulasikan nilai wang kertas untuk keuntungan sendiri – pasti emas tidak akan diharamkan – bukan kerana jumlahnya makin kurang tapi disimpan oleh bank reserve untuk dinikmati oleh sekumpulan kapitalis sahaja,

rujuk juga: Zeitgeist:

Riba hari ini semakin berleluasa sepertimana zaman Rasulullah SAW kerana itu turun ayat Al Quran yg memerangi riba. Jadi mengambil iktibar dari keadaan itu, maka kita sebagai Ummah Nabi SAW sewajarnya memerangi riba habis-habisan di mana riba zaman sekarang lebih dahsyat diamalkan berbanding zaman Rasulullah SAW.

Berikut adalah link kepada video yg saya maksudkan, video ini dibuat oleh media dari HOLLAND, negara BUKAN MUSLIM, negara yg sama pernah dikaitkan dgn penghinaan terhadap Nabi SAW tapi negara yg sama ini lah yg skrg sedar tentang riba wpun bukan Muslim:

Tajuk:  Time For Change

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s