Um dan Madu Kelulut

Antara pertemuan terawal dengan Dr Zulkifli Mustafa pada tahun 2016 yang memperkenalkan kami dengan lebah Kelulut dan manfaat Madu Kelulut.

Melalui Dr Zul kami belajar mengenai Penternakan Kelulut secara Lestari. Bermula dari pertemuan Um dan Dr Zul di sebuah persidangan di Cappodocia, Turkey telah menarik minat kami untuk melawat ladang ternakan kelulut yang diusahakan oleh Dr Zul untuk penyelidikan beliau mengenai Madu Kelulut.

Sebagai seorang Neurosaintis, Dr Zul mengkaji manfaat Madu Kelulut terhadap IQ kanak-kanak dan melatih ramai penternak kelulut di Kelantan ketika itu melalui bengkel di ladangnya.

Hasil perkongsian ilmu, kami belajar mengenai penternakan kelulut untuk diusahakan di Bumbung Pusat Pengajian Teknologi Industri di USM. Bermula dari situ, projek Kompos to Kelulut (K2K) dimulakan pada tahun 2017.

Kami bermula sebagai projek Kompos kemudian dilengkapi oleh projek Kelulut. Hasil latihan dan bimbingan Dr Zul, Graduate Intern kami dilatih mengenai penternakan Kelulut agar mereka cukup terlatih untuk melatih lebih ramai lagi orang mengenai penternakan lebah kelulut.

Tahun berganti tahun, Graduate Intern silih berganti, akhirnya hanya seorang sahaja yang masih kekal dan terlatih dalam penternakan Kelulut. Graduate Intern yang lain sudah tamat kontrak dan mempunyai kerjaya masing-masing.

Walaubagaimanapun, kami tetap meneruskan projek Kompos to Kelulut ini sehingga ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM) , Universiti, Kolej Komuniti, Sekolah , Peladang dan komuniti setempat.

Sepanjang perjalanan, kami bertemu pelbagai lagi orang yang berkongsi ilmu yang boleh memberi nilai tambah kepada projek Kompos to Kelulut antaranya Azolla, Black Soldier Fly (Dr. Hadura), Keli Lestari (Dr. Khalida).

Dengan harapan, ilmu bermanfaat yang kami kongsikan menjadi jariah buat Um dan kami sekeluarga serta mereka yang mempelajari mendapat manfaat bersama.

Terima kasih kepada Dr. Zul yang menjadi inspirasi kami juga dalam menyampaikan ilmu kepada komuniti yang sebelumnya hanya terhad kepada komuniti penyelidikan sahaja.

Um secara peribadi pernah berkongsi rasa kagum terhadap perjalanan Dr. Zul dalam mengkaji dan mengembangkan lagi kepentingan dan manfaat madu kelulut dalam Biodiversiti alam serta manusia itu sendiri.

Hal ini kerana, dengan adanya kelulut maka ia menjadi petanda keselamatan dan kebersihan alam sekitar yang sihat tanpa racun. Sifat lebah kelulut yang suka akan persekitaran yang bersih dan tanpa pencemaran mengajak kita menjaga alam sekitar demi kelangsungan alam itu sendiri.

Kaedah MUSTAFA Hive hasil inovasi keluarganya membolehkan kelulut diternak dengan cara yang lestari tanpa perlu menebang pokok di dalam hutan. MUSTAFA hive di reka bentuk menjadi Social Pattern atau Paten Sosial yang boleh ditiru reka bentuknya untuk dibuat sendiri (DIY) agar lebih ramai lagi penternak kelulut mengusahakannya secara lestari.

Kini, kami amat gembira melihat Dr. Zul membangunkan banyak komuniti desa dan kampung di seluruh Malaysia melalui produk Madu Kelulut yang dibotolkan menggunakan kaedah HILDA. Kaedah HILDA ini mengurangkan kandungan air agar madu kelulut stabil apabila dibawa ke mana mana (travel size) dan menjadi nilai tambah untuk dieksport jika ada permintaan.

Semasa Dr. Zul menunaikan Haji tahun ini, beliau sempat membawa beberapa botol Madu Kelulut untuk digunakan ketika di sana.

Sepanjang musim jerebu yang lalu, kami tetap mengambil madu kelulut bagi meningkatkan daya tahan dari demam, selsema dan sebagainya. Sebelum mula mengamalkan madu kelulut, saya mudah demam dan selsema tetapi tidak lagi. Selain itu, madu kelulut saya gunakan untuk menstabilkan perut dari gastrik dan resdung. Selama setahun saya berhenti makan ‘seafood’ dan teruskan guna madu kelulut untuk memulihkan diri dari dalam.
Selepas setahun, saya boleh makan seafood seperti biasa.

Setiap tahun kami akan mengunjungi ladang ternakan Dr. Zul jika singgah Kelantan dan Um akan memborong memborong madu kelulut dari ladangnya untuk stok simpanan. Kini setelah dibotolkan, madu kelulut yang dibotolkan ( travel kit ) akan dibawa ke mana saja ketika kami ‘travel’ dengan mudah.

Terima kasih Dr. Zul atas bimbingan dan perkongsian ilmu darinya membawa kepada kerjasama antara Ecopro dan Honeygold Laboratory yang diusahakan beliau. Semoga Allah swt sahaja yang membalas budi baik dan ilmu yang kami pelajari dari Dr. Zul sekeluarga.

Posted in um

A year

Anything can happen in a year and who knew, this year she return to her Creator. Um is the reason why I volunteered in ICLK because she would have brought me to help her team for the conference.

This year, I didn’t write any paper but I get to watch some papers written under her name presented here. I get to hear an invited speaker talking about her and I get to make slide with her photo on the last slide.

A promise made, a promise kept. I’ll always honor her in every steps of the way.

May Allah swt bless her soul and reward her with the highest Jannah by uniting our family into it. Aamin.

Posted in um

Kearifan Tempatan

Pejam celik dah 8 tahun volunteer dengan research group Kearifan Tempatan @ ICLK ikut Um pergi persidangan. Um pernah beritahu dia sangat suka dengan kumpulan ICLK walaupun bidang berlainan.

Bila selalu ikut, saya juga turut merasakan ‘bond’ yang dibina sepanjang menyertai kerja-kerja penyelidikan walaupun hanya sekadar mengambil gambar.

Bila dah habis Master, Um ajak saya tulis paper bersama. Um akan bagi rujukan dan saya akan tulis ikut idea yang dia berikan. Masa pertama kali tulis paper kearifan tempatan, Um terkejut saya boleh menulis paper 😂.

“Um, you don’t send me to study for nothing.”

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar Um, saya dah boleh menulis paper dan Um akan edit paper tersebut.

Perkara yang paling gembira ialah bila apa yang saya tulis menepati apa yang dia bayangkan dan dia tidak risau lepaskan saya untuk membentangkan paper bagi pihaknya kerana tahu saya boleh melakukannya.

Terima kasih kepada kumpulan ICLK kerana selalu membuat Um ketawa dan gembira sepanjang menyertai kerja-kerja penyelidikan. Sebagai anak, saya amat terharu melihat keakraban Um dengan kawan2 ICLK.

Semoga ICLK terus maju dan berkembang ke peringkat yang lebih baik dan berterusan walaupun Um telah tiada. Insyallah.

Semoga Allah swt memberkati setiap ahli ICLK atas kerja2 yang mereka lakukan demi kesinambungan ilmu kearifan tempatan @ local knowledge di Malaysia dan peringkat dunia. Amin

Posted in um

Habits

This sign was posted by Um at her office Surau. We decided to do something about people’s habit whenever we find the Surau unused but the air-con etc was on. Um typed this out and I help to post it. Um and saving electric goes beyond home that she will switch off the unused light along the corridor every time she passes by 😆. It seems like a small act but can give big impact for the environment and also our own little jariah.

Posted in um

Flying without wings

I always accompany my mom to work whenever she needs to attend conference or research visit in Malaysia or abroad. I would help carry her bags , book her flights and finding out the best hotel for us to stay. These little things means a lot to me now that she’s gone. Being able to take care of her in her final days makes me appreciate our time flying together. Hence, flying ever since she’s gone now means I be flying alone without her by my side. But for some reason, I felt happy and calm as I watch the sunset as we embark our journey as if she is with me throughout the flight. Silently, I pray for my mother and those in the flight so that we all arrive safely and God bless our journey. Sometime, I glance to other passengers who came with their mother and smiling towards them for the opportunity they still have with their parents. Although my mother is no longer with me, but her memories remains alive inside me. May Allah swt continue to bless her with the highest Jannah and unite us with His Mercy.

Posted in um

PhD in Life

Kadang2 Allah uji kita sampai terduduk, hanya satu jalan utk kita ialah dengan bersujud”

Tq you know who.

Wpun tak buat PhD, tapi PhD in life kadangkala Allah swt uji dgn Maha Hebat, sehebat Allah swt yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Um selalu ingatkan saya, apabila datang ujian, apabila datang orang menguji kesabaran kita, semua hanyalah sebagai teguran dari Allah swt melalui dia. Biar apa pun org cakap, buat pada kita, jadikan ia sebagai satu cara untuk memperbaiki diri kita menjadi orang yg lebih baik. Kerana teguran Allah swt itu sebenarnya boleh datang dari org yg kita tidak suka atau keadaan yg kita tidak suka. Jadi, bila ditegur, maka kita perlu muhasabah diri dan perbaiki diri kita. Jika betul apa yg dikatakan, perbetulkan diri kita, jika salah, maka perbetulkan juga tanggapan mereka. Jika setelah berusaha, tidak ada jalan keluar, maka serahkan semula kepada Allah swt dan biar saja tanggapan orang tersebut kerana Allah swt tahu.

Berpeganglah pada janji Allah swt, disetiap kesulitan ada kemudahan. Allah swt takkan uji lebih dari kemampuan kita, sebab Dia tahu kita mampu dan sayang dgn kita. Sebab itu kita dipilih untuk ujian tersebut, kecil atau besar ujian tersebut, belajar bersyukur atas apa yg Dia beri, dan redha dengan setiap ujian kerana:

“Boleh jadi apa yg kita suka tidak baik untuk kita, boleh jadi apa yg kita tidak suka, baik untuk kita”

Semoga kita terus istiqamah untuk redha dan tabah dengan setiap ujianNya. Semoga Allah swt mengampunkan kita semua sehingga kita pulang dalam keadaan yg paling diredhaiNya. Semoga Allah swt memberkati hidup semua yang masih hidup mahupun yang telah kembali padaNya.

Beach Clean Up

Our first beach clean up with Um. Um will sit at the bench and take our photos. It’s sad to see people throwing rubbish at the beach as if it’s going to miraculously disappear. We saw a sweeper here throwing the rubbish he swept on the beach instead of the bin. By the time we come again, we saw piles of rubbish along the beach which indicate they burnt the rubbish at the beach. We can never finish cleaning up as long as people don’t ‘clean up’ their mind that the rubbish we throw will come back on our plate with such mindset. The plastic we throw is going to end up in oceans, polluting it, and eaten by fish, and so will we eat the plastics. Taking care of the earth also means taking care of our health. If no one does anything, everyone will be effected. But if somebody does something, everyone can do something. Being a Muslim is not just about being pious reading Quran etc. But through the actions towards what is taught in the Quran as in the teachings of Islam, this includes caring for our environment. Caring for the earth is also one way of attaining Allah swt redha. And transgressed not towards those weaker than us, including animals and plants who will definitely report on us in the akhirat. Even the plants and animals makes dhikr to Allah swt and makes doa for those who takes care of them. And which of His favor do we deny?

***

2019

We don’t need to be a superhero to save the world. Just small acts can make a difference. Our routine whenever we visit this beach with Um. We bring our own bag and help to pick up a little bit of trash at the beach.

If you happen to visit the beach, do look out for these plastic and glass bottle. They do not decompose and can harm not just the animals but people especially kids walking at the beach.

It takes 1000 year for plastic to decompose . We gathered about 4 bags of plastic today before we leave.

Zharfan was excited to go to the beach and help clean up. Exposing our children to take care of the environment will make them grow to care for environment. This way, kids learn that everyone plays a role including the parents (or grandparents) can do their bit for the environment. Be the change we want to see in this world rather than complain about someone else trash. We are all part of the ecosystem, if the beach is polluted so will us eating microplastic from the rubbish we throw. Afterall taking care of the earth and animals living in it is part of the teachings of Islam. Let’s strive to make the world a better place to live in.

Posted in um